Gambar ini diambil ketika aku dan Mr R berada di Ballrom Hotel Palace of Golden Horses pada Jumaat lepas. Nak ditakdirkan tuhan, aku telah mempertemukan Mr.R dengan Halim Othman.
Kelihatan mereka begitu mesra berkenalan. Apa yang aku tak sangka, tak sampai 2 minit bercerita, Halim Othman telah memberikan satu tawaran kepada Mr.R untuk menjadi seorang 'chef' di rancangan HO Live.
Mungkin kerana tahap kecomelan Mr R yang terlampau cute itu membuat Halim terpikat atau mungkin juga struktur tubuh chubbynya menarik perhatian si Halim. Itu sudah tentu kerana chubby mungkin bersinonim dengan orang chubby. Orang chubby kan memang relative dengan makanan.
Aku turut gembira kerana memberi luang kepada Mr. R untuk mencipta kerjaya sebagai pengacara TV. Aku harap ini adalah permulaan baginya untuk mengembangkan sayap walaupun berbadan besar.
Sejurus selepas itu, Halim Othman menjemput Mr. R ke rancangannya pada hari Ahad itu untuk perbincangan awal. Siap suruh manager dia ambik gambar dia ngan Mr. R. Berpelukan lagi gitu. Jeles jugak aku 20 sen sebab selama ini aku tak pernah dapat peluang untuk bergambar ngan Mr R kerana dia tak mau bergambar. Aku tak tahu sebab apa.
Semoga impiannya menjadi kenyataan dan aku sebagai kawan memang menyokong 120% untuk melihat impiannya direalisasikan.
Aku pun tak dapat membayangkan bagaimana nanti Mr R akan menjadi chef. Tengok pada rupa memang sesuai dan ngam sekali. Mungkin Halim akan buat satu slot baru dalam HO LIve seperti slot Mr x-sif. Aku sendiri pun tak tahu.
Posted by Budiey
Aku dan MR.R dalam perjalanan ke suatu majlis di sore Jumaat.
Budiey Photo Blog dikendalikan sepenuhnya oleh syarikat Budiey Dot Com Media (001991735-T)
All rights reserved. The images contained in this Gallery may not be published, broadcast, modified or redistributed in whole or part without the express written permission of the owner.