[---~*Photo Blog*~---]
because a photo is worth of a thousand words

« Home

Tuesday, May 18, 2004

DEWA DAN SPRITUALISME


ARTIS, POLEMIK DAN DEWA
Baru-baru ini kita sedikit lemas dengan perangai artis kita. Isu polemik bersekedudukan, dadah dan sebagainya menjadi daki-daki yang mengaratkan lagi imej maruah artis kita yang tak reti bahasa. Tetapi saya tidak mahu menyentuh tentang itu sebenarnya kerana saya ingin mengajak anda menyelongkar rahsia spritualisme sebuah kumpulan panas dari Indon, Dewa yang telah memijak-mijak nama Allah dengan menggunakan lambang kaligrafi bintang delapan ketika persembahan mereka di Trans TV, untuk mempromosikan album terbarunya, Laskar Cinta. Rencana ini tidak ada kena mengena dengan promosi DEWA buat konsert LIVE nya di Menara KL pada hujung bulan nih dan juga bukan untuk menyokong mana-mana pihak. Harap maklum!

Sudah tentu ianya mengejutkan semua pihak termasuk saya sendiri yang selama ini memang respek giler sama sang Dewa. Kita orang Islam (walaupun tidak sealim Tuan Guru) tapi isu ini memang menyentuh sensitiviti kita sebagai umat Islam. Pelbagai bantahan keras telah disuarakan dan pelbagai ulasan protes telah disuarakan oleh sejumlah kalangan umat Islam. Perkara ini menjadi lebih besar sekiranya tidak dibendung kerana kita merasakan seseorang yang menjadi public figure dan milik masyarakat tidak patut melakukan perkara sedemikian. Pada penggemar dan peminat Dewa, jangan pandang ringan perkara ini walaupun anda hanya mendengar dan menyukai lagu mereka.

Bila bercakap pasal isu artis di luar batas normal, tak kira artis dari bumi mana sekalipun kita akan membuat penilaian sendiri. Berita yang kecil akan menjadi besar kerana kita sendiri yang membesarkannya. Dan inikan pula perkara yang bersangkut paut dengan kumpulan pemuzik yang dikatakan sebagai 'KUMPULAN PEMUZIK ATAU PENGASAS BAND PALING GENIUS' dengan spiritualisme mereka dengan Tuhan.

Apabila ditanya dan diselidiki ada sesuatu yang menarik untuk kita perjelaskan dan menghuraikan apakah rahsia di sebalik perangai di luar normal ini. Kononnya, cara mereka menterjemahkan pengabdian mereka berlainan dengan orang Islam yang lain. Pelik tapi benar itu adalah realiti yang kita terpaksa kunyah dan telan dengan 1001 persoalan sarat dalam minda. Apa yang menjadi kelainan itu? Bukankah orang Islam harus memegang pada rukun kepercayaan yang sama?


SPIRITUALISME SANG DEWA
Secara zahiriahnya, kalimah DEWA itu sendiri sudah tersasar dari pengertiannya dalam konteks kita orang Islam. Tapi memang betullah, Dewa bermakna tuhan tetapi Dewa biasanya disandarkan kepada orang Hindu kepada tuhan mereka. Dewa yang lain juga mungkin bermaksud mengagung-agunkan sesuatu. Dan kata “Dewa” untuk group band itu sendiri, mencerminkan semangat keagamaan saya yakin pastinya kata-kata itu bukan sekadar kata cuma.

Atas sebab-sebab inilah (Dewa merupakan sebutan atau panggilan orang Hindu terhadap tuhan mereka), maka penjelasan telah dibuat sendiri oleh anggota kumpulan ini. Namun ketika ini, Sang Dewa dikatakan amat “berdosa” dan belum mendapat pengampunan dari “Dewa” lain. Secara terbuka mereka memberikan penjelasan tentang pengalaman spiritualismenya kepada media.

Menurut pengakuan Ahmad Dhani, dalam Dialog Interaktive & Show Biz di MetroTV, album Laskar Cinta merupakan pengungkapan pengalaman spiritualisme mereka sebenarnya. Jika direnung kembali, difikir dengan aqli, sebenarnya syair dan lirik-lirik dalam album tersebut mengandungi hal-hal yang berkaitan dengan spiritual. Sehingga pemilihan lambang Allah sebagai satu elemen utama tertera di kulit album. Perlambangan elemen nama Allah itu dimaksudkan untuk diketahui atau sebagai penggambaran dari keseluruhan bait-bait puitis dalam lagu, yang terisi penjiwaan terhadap kekuasaan Tuhan. Tetapi soalnya, mengapa mereka melakukan pemijak dan menghina tuhan?

Sebelum menjawab persoalan tersebut, pembikinan album ini memang berasaskan kajian mendalam si sifu, Dhani. Kononnya, perjalanan dalam melengkapkan album ini sesuatu yang rumit dan tidak diperlekehkan bagi menghasilkan album bermutu. Bukan mereka sengaja mahu meletakkan atau menayangkan lambang tersebut.

Akan tetapi sebelum mengambil keputusan tersebut, mereka melalui satu proses pemikiran yang mendalam, iaitu dengan berdiskusi dengan guru agamanya (saya tidak tahu siapa guru agama mereka) dan melakukan pengajian tentang kesusasteraan dengan bacaan tentang agama Islam.

Kemudian, dengan sedikit pengubah-suaian lambang tersebut dalam karya seninya, bertukar menjadi satu seni tulisan khat. Dhani katanya, memikirkan juga tentang apakah respon dan tindak balas peminat Dewa dengan elemen baru tersebut. Maka, dia tetap yakin dan berkeras hati untuk membuat sesuatu yang saya rasa tindakan yang memang 'idiot' ketika pelancaran album Laskar Cinta.

Dengan keyakinannya untuk menerangkan tentang perbezaan interpretasi agama, maka Dewa melancarkan Laskar Cinta. Akan tetapi, malang bagi Dewa ini bahawasanya keyakinan mereka dalam membuat penilaian tentang multi interpretative itu, mana mungkin diterima oleh kita. Maka, padanlah dengan muka mereka kerana harus berhadapan dengan realiti bahwa masyarakat kita belum dapat menerima perbedaan dan jauh dari memiliki 'sense of difference'.

Saya rasakan bahawa untuk melakukan pradigma atau perubahan dalam masyarakat biarlah melalui proses yang betul di dalam jalan landasan yang benar. Bukan sesuka hati kerana semua orang punya senstiviti tersendiri dalam apa jua aspek dan inikan pula aspek agama. Sedangkan Rabbani yang menukarkan irama nasyid kepada lebih kontemporari pun di'senda'kan ketika awalnya.

“Insiden” ini merupakan pembelajaran yang berharga bagi masyarakat sejagat umum, untuk membangunkan kesedaran kita tentang pemahaman agama dan budaya muzik boleh diseiringkan tetapi dengan syarat ianya berlandaskan jalan yang betul. Perbezaan (interpretasi spiritual) merupakan kekayaan yang patut disyukuri. Ini kerana perbezaan itu sendiri adalah hasil penciptaan Tuhan yang maha pencipta dan kreatif. Tak terbayangkan oleh saya, jika dunia ini hanya memiliki pemikiran yang berwarna merah sahaja atau hijau saja atau kuning saja. Tentu tidak akan ada kreativiti dan otak pun tak berjalan.

DEWA: MAAFKAN KAMI, MAAFKAN KAMI...MA-AF-KAN KAAMI!!
Sebagai seorang muslim, Dhani dilihat oleh media di sana mempunyai rasa peka yang dalam terhadap kepercayaan (keyakinan) yang mereka anuti. Interpretasi dan ekspresi nilai-nilai agama oleh Dewa, menjadi satu perbezaan dengan apa yang kita fikirkan. Mungkin kerana ketajaman rasa kesenian Dewa sebagai seniman yang suka menggarap sesuatu yang lain dari yang lain.

Dengan kreativiti sebagai band muzik, yang memiliki hasrat kecintaan yang besar pada Penciptanya, Dewa ingin nafas spiritualisme ini disaksikan kepada masyarakat khususnya penggemar Dewa. Yakinkah dan percayakan kita bahawa kreativiti Dewa adalah pemberian Sang Pencipta juga? Dengan kata lain kreativiti Dewa adalah kebijaksanaan Allah itu sendiri, yang telah menciptakan manusia sedemikian unik. Maaf andai kata saya silap.

Andaian bahawa manusia ini serba unik ini menjadi semacam penghakiman dan pengadilan dunia dan manusia terhadap kesalahan atau dosa band Dewa. Meskipun Dewa sendiri telah secara rasmi dan berulang-ulang kali keluar masuk media untuk meminta maaf, namun hal ini belum memuaskan hati kita yang berteriak atas nama umat muslim dan “penjaga gawang” kesucian Allah. Memang itu hakikat, kita tidak boleh sekali-kali atau haram hukumnya untuk menghina, mencela termasuklah melalui kelakuan-kelakuan kasar memijak-mijak lambang Allah seperti yang dilakukan oleh Dewa.

Bagi kita, lambang Allah harus disimpan di tempat yang tinggi, tempat yang suci seperti dinding rumah dan masjid. Kita perlu ada rasa hormat dengan elemen itu bukan untuk memperlekehkannya. Jangan tanya adakah peminat mahu mengampuni kesilapan Dewa tapi tanya adakah Allah sendiri akan mengampuninya? Ya, yakinlah bahawa Allah itu maha Pengampun!

PENUTUP: INSAN YANG LUPA
Barangkali Allah tidak pernah tersinggung (memang pun!) dengan kelakuan Dewa dan sudah pasti dengan sifatnya yang Maha Pengampun memaafkan “dosa” sang Dewa. Alim ulama' menjadi “lucu” sekali, ketika Dewa diwajibkan memohon maaf terus-terusan kepada mereka oleh sesetengah golongan. Minta ampun pada tuhan bukan kepada Ulama'.

Golongan mana lagi kalau yang selalu mencari kesilapan orang dan sentiasa gembira kalau orang itu punya kesilapan. Mungkin mereka tidak faham bahawa perkataan manusia itu sendiri bermakna 'MUDAH LUPA'....tidak lari melakukan kesilapan. Tetapi dalam konteks kesilapan Dewa sudah tentu menjadi titik-titik noda yang akan diingati oleh peminatnya. Termasuk saya juga, sekali sekala melihat kulit album DEWA, pasti teringat dan terbayangkan kelakuan mereka memijak dan menghentak-hentak lambang tuhan!





Photo Archieve:-
11/28/1990 05/18/2004 07/15/2004 07/16/2004 07/17/2004 07/18/2004 07/19/2004 07/21/2004 07/23/2004 07/24/2004 07/28/2004 08/06/2004 08/12/2004 08/15/2004 08/17/2004 08/18/2004 08/22/2004 08/24/2004 08/25/2004 08/31/2004 09/01/2004 09/02/2004 09/17/2004 02/19/2005 02/20/2005 02/24/2005 02/26/2005 02/28/2005 03/05/2005 03/08/2005 03/13/2005 03/21/2005 03/22/2005 03/23/2005 03/25/2005 04/07/2005 04/13/2005 04/18/2005 04/22/2005 04/26/2005 04/27/2005 05/01/2005 05/02/2005 05/04/2005 05/20/2005 05/23/2005 05/25/2005 05/27/2005 07/05/2005 07/07/2005 08/23/2005 09/16/2005 09/19/2005 09/22/2005 09/26/2005 10/02/2005 11/14/2005 11/15/2005 01/03/2006 01/07/2006 01/08/2006 01/09/2006 01/10/2006 01/11/2006 01/12/2006 01/14/2006 01/16/2006 01/18/2006 01/19/2006 01/27/2006 01/28/2006 02/02/2006 02/03/2006 02/04/2006 02/14/2006 02/20/2006 03/01/2006 03/02/2006 03/26/2006 03/27/2006 03/28/2006 03/29/2006 03/30/2006 04/03/2006 04/04/2006 04/05/2006 04/06/2006 04/08/2006 04/11/2006 04/12/2006 04/15/2006 05/04/2006 05/17/2006 05/24/2006 06/07/2006 07/29/2006 07/31/2006 08/02/2006 08/03/2006 08/12/2006 08/21/2006 08/27/2006 08/28/2006 08/29/2006 08/31/2006 09/01/2006 09/02/2006 09/11/2006 09/13/2006 09/14/2006 09/16/2006 09/19/2006 09/20/2006 09/23/2006 09/24/2006 09/25/2006 09/26/2006 09/27/2006 09/28/2006 10/02/2006 10/03/2006 10/08/2006 10/09/2006 10/10/2006 10/11/2006 10/12/2006 10/13/2006 10/14/2006 10/15/2006 10/16/2006 10/17/2006 10/18/2006 10/20/2006 10/21/2006 11/03/2006 11/07/2006 11/08/2006 11/09/2006 11/11/2006 11/14/2006 11/15/2006 11/16/2006 11/22/2006 11/27/2006 11/28/2006 12/01/2006 12/05/2006 12/06/2006 12/07/2006 12/11/2006 12/13/2006 12/15/2006 12/24/2006 12/25/2006 12/26/2006 12/28/2006 12/30/2006 01/02/2007 01/03/2007 01/05/2007 01/09/2007 01/11/2007 01/13/2007 01/15/2007 01/17/2007 01/22/2007 01/28/2007 01/29/2007 02/05/2007 02/06/2007 02/07/2007 02/08/2007 02/12/2007 02/14/2007 02/16/2007 02/18/2007 02/19/2007 02/21/2007 02/24/2007 02/28/2007 03/01/2007 03/08/2007 03/09/2007 03/10/2007 03/11/2007 03/12/2007 03/19/2007 03/20/2007 04/05/2007 04/06/2007 04/14/2007 04/16/2007 04/20/2007 04/21/2007 04/22/2007 05/04/2007 05/15/2007 05/16/2007 05/17/2007 05/19/2007 05/20/2007 06/02/2007 06/03/2007 06/15/2007 06/27/2007 06/28/2007 07/04/2007 07/11/2007 07/27/2007 09/15/2007 09/18/2007 09/19/2007 09/20/2007 09/21/2007 09/22/2007 09/24/2007 09/27/2007 10/01/2007 10/02/2007 10/03/2007 10/04/2007 10/10/2007 10/13/2007 10/14/2007 10/17/2007 10/22/2007 10/24/2007 10/30/2007 11/01/2007 11/02/2007 12/01/2007 12/02/2007 12/09/2007 12/11/2007 01/12/2008 01/13/2008 01/23/2008 01/26/2008 01/27/2008 01/28/2008 01/30/2008 01/31/2008 02/01/2008 02/02/2008 02/03/2008 02/04/2008 02/05/2008 02/06/2008 02/09/2008 02/10/2008 02/11/2008 03/01/2008 03/04/2008 03/20/2008 03/26/2008 04/21/2008 04/22/2008 04/23/2008 04/25/2008 04/26/2008 04/27/2008 04/28/2008 05/18/2008 05/19/2008 05/20/2008 05/21/2008 05/23/2008 07/06/2008 07/07/2008 07/08/2008 07/10/2008 07/11/2008 07/12/2008 07/16/2008 07/19/2008 07/21/2008 08/01/2008 08/06/2008 08/24/2008 09/01/2008 09/02/2008 09/03/2008 09/08/2008 09/17/2008 05/10/2010 08/16/2010 04/24/2011 05/06/2011 05/08/2011 05/24/2011 05/29/2011 05/30/2011 06/08/2011 06/26/2011 08/01/2011 04/25/2012 04/26/2012 04/30/2012 08/05/2012 08/06/2012 08/16/2012 10/06/2013



More Me:
My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Sensasi Selebriti | Advertise Here | Contact Me





View Blog Stats


Powered by:



© 2004 - 2013 Budiey

Budiey Photo Blog dikendalikan sepenuhnya oleh syarikat Budiey Dot Com Media (001991735-T)

All rights reserved.
The images contained in this Gallery may not be published,
broadcast, modified or redistributed in whole or part without the express written permission of the owner.