Inilah dia, si tomboy Rudi (Adinia Wirasti), bersama Gadis yang cute (Sigi Wimala). Lakonan yang memberangsangkan dalam TENTANG DIA memang power.
Mengenai Tentang Dia yang diedarkan Grand Brilliance Sdn Bhd (GBSB) dan mula ditayangkan di pawagam seluruh negara mulai hari ini mengisahkan persahabatan yang terjalin antara Gadis (Sigi Wimala) dan Randu (Fauzi Baadila).
Bagaimanapun Randu mula menaruh hati pada Gadis tetapi disebabkan pengalaman yang pernah dilalui Gadis menyebabkan dia serik menerima kehadiran cinta lelaki dalam hidupnya.
Bersama jiwa yang tertekan dan pada suatu hari ketika dia sedang memandu, Gadis terlanggar Rudi (Adinia Wirasti), gadis tomboy yang akhirnya membawa sinar keceriaan dalam hidup Gadis.
Namun, persahabatan yang terjalin antara mereka mengundang rasa cemburu dan curiga Randu manakala Gadis pula berasakan yang Rudi semakin mengongkong hidupnya. Pertengkaran berlaku dan akhirnya hubungan mereka kian renggang dan konflik menjelma antara mereka.
Budiey Photo Blog dikendalikan sepenuhnya oleh syarikat Budiey Dot Com Media (001991735-T)
All rights reserved. The images contained in this Gallery may not be published, broadcast, modified or redistributed in whole or part without the express written permission of the owner.