Menampilkan fesyen daripada rekaan Bill Keith dan Salikin Sidik yang saya rasa memberi suntikan imej yang menambahkan lagi kecantikan serta melengkapkan penampilan mereka.
Posted by Budiey
Kelihatan 6 enam pelajar akhir AF2 memperkenalkan diri masing-masing. Disambut dengan sorakan serta tepukan dari peminat yang agak gembira pada malam itu.
Posted by Budiey
Jam 8.30 malam Konsert dimulakan dan disiarkan secara langsung di astro ria tanpa sebarang masalah teknikal. Syabas kepada pihak penerbitan teknikal.
Posted by Budiey
Aznil sedang menerangkan serba sedikit tentang tata tertib bagi penonton stadium. Agak mengecewakan kerana ada penonton yang tidak mematuhi peraturan dewan.
Posted by Budiey
Aznil menunggu untuk bersiaran.
Posted by Budiey
Penonton yang berada di belakang Malique. Khusyuk nampak akak kita nih.
Posted by Budiey
Jarak pentas yang agak jauh menyebabkan saya suka melihat skrin besar.
Posted by Budiey
Ruang arena kelihatan serabut dan riuh rendah dengan peminat yang ingin bergambar dengan artis.
Posted by Budiey
Sedang berjalan menuju keruang vip DI ARENA.
Posted by Budiey
Kelihatan Ruffudge juga memakai baju warna kuning, oren dan merah. Tanda sokongan mereka keada Zahid. Catz adalah seorang pencipta lagu untuk lagu Milikmu nyanyian Zahid.
Posted by Budiey
Kakak ni tengah nak bergambar dengan Vince. "Ambik gambar akak cepat sikit..."
Posted by Budiey
Mengambil kesempatan keemasan untuk bergambar artis dan selebriti yang lalu diruang ARENA. Vince, juara AF1 agak simple dengan gaya kasual.
Posted by Budiey
Ini pula gambar kelabu blur buat mata sakit nak pandang. Ketika rakaman Jimmy Shanley untuk Countdown menemubual keluarga Zahid yang kesemuanya memakai baju terang dan oren.
Posted by Budiey
Kelihatan Sha dan kawannya berposing diruang ARENA.
Posted by Budiey
Bersama teman-teman yang juga peminat Zahid, siap pakai baju kuning. Sebenarnya baju tu bukan berwarna kuning tetapi warna kuning (tok cha). Tapi tak pe sekurang-kurangnya semalam Zahid menghargai semua penonton yang datang dengan baju oren.
Posted by Budiey
Pagar gap atau halangan terpaksa diletakkan bagi keselamatan penonton dan juga memudahkan mereka untuk beratur dan berbaris dengan betul ketika masuk melalui pintu.
Posted by Budiey
Jam 6 petang lagi kawasan luar hadapan Stadium teah dipenuhi oleh peminat yang berpusu-pusu menyerbu untuk beratur dihadapan pintu.
Posted by Budiey
Eh! Rosma dan Burn juga ada berdiri di tengah logokan peminat. Akan tetapi kenaa mereka semacam tidak mempedulikan dua bintang AF1 ini? Oooo... diorang dah tidak glamour lagi macam dulu.... kesian. Habis manis sepah dibuang.
Posted by Budiey
Takkan sampai bergaduh pula kerana berlainan pendapat. AF bukan mengajak untuk bergaduh atau berdebat tentang pelajar mana yang paling hebat tetapi AF ingin mengajak anda supaya terus mencintai seni dan bakat pelajar itu.
Posted by Budiey
Ada jug yang berkesempatan untuk mencari kenalan yang kebetulan mempunyai citarasa yang sama dan juga peminat pelajar yang sama. Tetapi jangan pula ada yang bergaduh pula....
Posted by Budiey
Peminat yang sudah lama menunggu ada yang mengambil kesempatan untuk terus mengempen peminat lain untuk mengundi pelajar favorite mereka.
Posted by Budiey
Inilah Stadium Putra yang menjadi tumpuan peminat AF yang sudah mempunyai tiket.
Posted by Budiey
Akademi Fantasia musim kedua ini menunjukkan satu perkembangan besar kerana pengajuran yang paling besar pernah diadakan. Mungkin tahun depan agak keterlaluan kiranya astro akan terus memperbesarkan lokasi?Mungkin juga mengekalkan lokasi yang sama. Semoga ramai lagi bakat besar boleh dicungkil oleh astro.
Posted by Budiey
Kain rentang dan banner yang dipasang sepanjang laluan ke Stadium Putra, lokasi bagi Konsert Akhir AF2. Merah dan kuning menjadi warna tema bagi astro. Garang dan ada kecerian?
Posted by Budiey
Selepas menjamu selera di cafe, Malique terus menuju ke Stadium Putra. Kelihatan sudah ramai peminat AF yang berkumpul disana.
Posted by Budiey
Kelihatan Stadium Nasional berdiri dengan gahnya. Pada Sabtu hadapan ada KOnsert Siti Fantasia Tour secara besar besaran akan dibuat disini.
Posted by Budiey
Suasana masih awal. Agak ramai juga yang datang dengan LRT. Akan tetapi mereka tidak mengetahui yang Konsert pada malam ini akan menjangkau sehingga jam 12 tengah malam. Selepas jam 11.45 malam tidak ada lagi perkhidmatan LRT yang beroperasi.
Posted by Budiey
Jam 6.30 petang, Malique telah sampai deperkarangan Stadium Kompleks Sukan Bukit Jalil. Kelihatan terdapat peniaga-peniaga yang mengambil kesempatan untuk menjual barangan AF yang rasanya bukan dari Astro. Corak T-shirt yang dijual boleh dikira kreatif dan bervariasi. Akan tetapi rasanya tidak elok juga mengambil jenama tiruan sebegini.
Budiey Photo Blog dikendalikan sepenuhnya oleh syarikat Budiey Dot Com Media (001991735-T)
All rights reserved. The images contained in this Gallery may not be published, broadcast, modified or redistributed in whole or part without the express written permission of the owner.