Siti Nurhaliza melayan peminatnya yang juga merupakan pemenang bagi Karnival yang dianjurkan pada siang hari tadi. Masing-masing telah menunjukkan kerjasama dan keceriaan dipentas kerana dapat bermesra dan menatap wajah kesayangan mereka dari dekat.
Posted by Budiey
Kelihatan Adifashla dan Nana berganding suara dengan Siti Nurhaliza untuk membawakan lagu Hanya Memuji. Nyanyian Adi ada class dan suara emas Siti memang berkilauan.
Posted by Budiey
Alamak sorry la sebab gambar Anding AF2 ini kabur. Anding dijemput untuk memeriahkan Konsert dengan lagunya 'Melompat Lebih Tinggi'. Takde lagu lain ke. ? Asyik dengan lagu tu je?
Posted by Budiey
Jam 8.10 malam: Keadaan pentas sebelum bermulanya Konsert. Konsert yang dijangkakan akan bermula pada jam 8.30 malam pastnya akan dilewatkan sedikit untuk menunggu ketibaan Sultan Perlis.
Posted by Budiey
Jam 7.15 malam. Peminat mula membanjiri zon Hotlink. Walaupun tanah yang separuhnya telah berlumpur dan dipenuhi dengan air hujan pada siang tadi, namun ianya tidak menghalang peminat penyanyi dari Kuala Lipis ini untuk melihat beliau dari dekat.
Posted by Budiey
Kelihatan Khairil Penyampai Era yang turut sama menjayakan Konsert kali ini. Beliau turut dikerumuni oleh peminat dari erlis ini. Malique takde nak pergi serbu sebab kat KL ni selalu jumpa dengan penyampai Era yang dikatakan begitu mesra dengan pendengarnya. Kedatangan Khairil semoga memberi ruang kepada peminat untuk mengenal beliau dengan lebih dekat lagi.
Posted by Budiey
Malique juga sempat singgah dibooth astro sebagai rangkaian rasmi yang menaja Konsert yang penuh kemeriahan ini. Pelbagai aktiviti dan permainan diadakan disini. Namun hujan pada petang tadi nampaknya menghalang sedikit aktiviti disini berjalan dengan lancar.
Posted by Budiey
Tengaoklah betapa becak dan lencunnya padang diperkarangan stadium ini hampir menenggelamkan booth hotlink yang juga merupakan penaja utama Konsert Fantasia Tour. Malique sempat mengunjungi gerai Hotlink disini. Pelbagai tawaran hebat diadakan. Sim Card Permulaan Hotlink cuma dijual RM45 ringgit sahaja. Murahkan? Peminat yang menggunakan talian hotlink diberi tempat duduk eksklusif berhadapan dengan stage.
Posted by Budiey
Kelihatan peniaga tidak melepaskan peluang untuk mencari rezeki. Pelbagai juadah dan kuih serta keropok yang enak-enak dijual disini. Yang paling penting, datangnya Siti di tanah Perlis ini memberikan kegembiraan yang tidak terbayang dimata mereka. Ternyata pendududuk disini ramah dan tamah. Malique pun suka dengan gaya loghat orang Perlis.... takdela ketegak sangat eeehhh....
Posted by Budiey
Jam 6.30 petang. Malique dan kawan telah selamat sampai diperkarangan Stadium Utama Kangar. Hujan yang turun petang tadi telah reda sedikit. Namun kesannya telah cukup membuat padang menjadi becak dan berlumpur. Namun itu semua tidak menghalang kebanjiran peminat untuk mengecapi impian bersama dengan Siti Nurhaliza.
Posted by Budiey
Ini diambil ketika dalam perjalanan untuk ke stesen bas ekspress. Sambil berjalan dan menikmati suasana sekitar bandar Kangar, sambil menghirup udara segar. Cuaca ketika ini mendung dan hujan renyai-renyai. Namun tidak menghalang niat Malique untuk bersama Siti Nurhaliza di Konsert Fantasia Tournya di Kangar.
Posted by Budiey
Ini merupakan foto yang diambil ketika Malique ke Kangar untuk menyambut hari lahir disana bersama Siti Nurhaliza. Kelihatan Kompleks Kangar yang tersergam indah.
Budiey Photo Blog dikendalikan sepenuhnya oleh syarikat Budiey Dot Com Media (001991735-T)
All rights reserved. The images contained in this Gallery may not be published, broadcast, modified or redistributed in whole or part without the express written permission of the owner.